sodiqi usrati...=)

like!!!

liku2 hidup yg panjang ini harus aku tempuhi demi mengejar MARDHOTILLAH...

Wednesday, May 4, 2011

gejala S.U.K.A .B.A.N.D.I.N.G.

assalamualaikum....
urm.hari ni macam biase.
mule2 aku berbelogwalking.pastu rse macam lambat la pulak...
berbelogjogging lah laju ckit.heh.oh oke.tak nak cakap pasal jenis2 lawatan sambil blajo ke blog orang.hehe.

oke.tadi mase aku duk men"terjah" ke SINI,tibe,aku tertarik kat satu artikel.aku macam setuju la pulak ape yang beliau cakap. aku macam sangat dan teramat lah bersemangat bace komen beliau. sampai dah terangguk-angguk ni haa.setuju punye pasal.hehe.oke.nak tau ape komen dye tentang topic nih. jom kite terjah!!!

kau kecik..aku besar!! ingat!!! heeee
 Budaya 'suka banding' ini memang kuat dalam masyarakat kita. Secara peribadi, saya amat tidak menyukainya. Banyak pengalaman masa lepas yang benar-benar memberi kesan yang kurang baik kepada hidup saya.
Semasa kita kecil, ramai rasanya menyetujui bahawa budaya 'suka banding' keputusan pelajaran cukup menyakitkan. Seolah-olah diri kita begitu hina atau tidak mempunyai nilai langsung bila diri kita dibandingkan dengan mereka yang lebih baik pencapaiannya. Tidak cukup dengan itu, kita juga selalu 'suka banding' tahap kedudukan dari segi ekonomi. Jika kita datang dari keluarga kaya maka kita akan lebih dihormati berbanding dengan jika kita datang dari keluarga miskin. Perlukah ini semua?

Semasa kita meningkat dewasa, kita ingatkan budaya 'suka banding' ini makin berkurangan tetapi rupanya kita silap. Makin tebal jadinya budaya ini. Kita selalu lihat manusia sekeliling 'suka banding' apa benda yang kita ada, apa pangkat yang kita ada, apa pencapaian yang kita ada dan seribu satu macam lagi perbandingan-perbandingan yang cukup merimaskan. Perlukah ini semua?
Jika kita tidak berhati-hati, budaya 'suka banding' ini akan menyebabkan timbulnya bermacam-macam penyakit hati seperti rendah diri, sakit hati, dendam, bongkak, tak sedar diri dan macam-macam lagi. Ramai yang hidupnya berlegar-legar sekitar membuat perbandingan sehingga lewat usia mereka. Jika beginilah cara hidup kita, mana mungkin datang rasa tenteram dan aman dalam diri?
'Suka banding' memang perlu tetapi bukan sampai membawa kepada corak kehidupan seperti di atas. Perbandingan yang membawa kepada motivasi agar hidup menjadi lebih baik dari sebelumnya memang dituntut. Jika dilihat dari sudut pengurusan masakini, ada suatu inisiatif yang bernama Penandaarasan (Benchmarking) yang sebenarnya menggunakan konsep 'suka banding' ini dalam usaha bawa sesuatu organisasi itu lebih baik dari sebelum ini.
Akhir kata, bagaimana harus kita menangani budaya 'suka banding' yang membawa kepada kesan negatif ini? Rasanya mudah sahaja. Bagaimana? Ianya perlu bermula dari rumah di mana ibu bapa harus mengelakkan 'suka banding' anak-anak mereka dengan anak-anak orang lain. Mungkin niatnya baik tetapi dalam banyak hal kaedah perlaksanaannya selalu membinasakan!


oke.amacam?setuju x?

-renung2kan dan selamat beramal-


tagline hari ni : bersyukurlah dengan ape yang kite dapat!!

No comments:

entry serangkai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...