sodiqi usrati...=)

like!!!

liku2 hidup yg panjang ini harus aku tempuhi demi mengejar MARDHOTILLAH...

Thursday, November 21, 2013

mata oh mata!

assalamualaikum..

hai hai hai.. apa kabo sumenye? moga moga sehat walafiat la yea. hee. aku ni sehat sehat jugak, tapi dah macam ada symptom sleep disorder pun ye jugak. asal malam je susah nak tido, time siang kemain lagi ngantuk, tak tahan, tersengguk sengguk.haha..  tapi takpe lah, bukan tuu yang aku nak cite kali ni. moh kite proceed ke point, seteghed to de point orang kate.haha.


ehhhhhh jap jap.. moh tengok gambo sat.



abaikan aku punya gaya. hoho





jadi, ape kes nak kena tengok gambar aku kan? nak promosi ape ape ke? hahaha.. takkkkk..aku bukan direct seller ke ape ape.  cuma point nye kat sini, aku sedih gila nak mati   sebab dua dua spec aku dalam gambar gambar ni, dah pecah+patah, ape yang lagi sedih, dua dua patah dalam masa yang agak dekat, aduyai, yang sedihnye kena belajar dalam keadaan tak nampak. serius susah kalau takde spec. tengok slide kat depan bila lecture mengajar, ibarat tengok kertas putih kosong kat depan. tengok whiteboard lagi la, macam takde ape ape yang ditulis. bersih betul. jadi, point nye kat sini, aku nak cakap, pada sesiapa yang belum pakai spec, jagalah mata anda elok elok. yang tak pakai spec tapi teringin nak pakai spec walaupun tak rabun pun aku rasa baik batalkan saje niat tu. tak untung pun. rugi ade lah. sebab? nanti bila dah start pakai, mata tu akan belajar untuk adapt dengan keadaan bila pakai spec. so, lama lama memang jadi rabun betul la. believe me. huhu.dan bila dah rabun, susah. mungkin bagi orang lain tak, tapi bagi aku yang bila takde spec, terpaksa teraba raba semata mata untuk cari spec, seriously susah. huhu.

till then, good night semua. rasa nye tu je kot celoteh aku malam ni. takleh tido punya pasal, jadi rajin pulak nak meng'hapdate' belog. hahahaha. akhir kata, SAYANGI MATA ANDA. 
assalamualaikum. *senyum*






Saturday, September 14, 2013

selamat tinggal.

assalamualaikum..

oke laa.. selamat tinggal yea. kat sapa? blog? ehhh, insyaALLAH belum sampai masanya. kat sini je laaa tempat untuk aku melalut lalut. haha

ni ha, aku nak ucap selamat tinggal kat

1. encik malas
2.encik banyak songeh
3.encik google. eh? hahaha.. yang ni just joking. marah encik google nanti orang tinggal dia. hee

dah kenapa nak tinggal semua ni? yelah kan.. kalau aku stay malas, banyak songeh semua tuu.. sampai bila laaa hidup aku nak maju.. serius, aku jeles tengok orang lain, berjaya, happy, bahagia. aku jugak di takuk lama. haha. kesiannya kat diri sendiri. hihi

oh ya, korang sihat tak? aku ni haa sejak akhir akhir ni makin kerap demam, tak tau la kenapa. selalu sangat kena hujan kot. ni aku pun dah rasa macam nak demam. menggigil semacam. pijak lantai pun rasa macam pijak ais yang dah cair sedikit.hahaha. sampai kipas pun aku tak pasang langsung. haha

hurm.. ramai yang tanya camane life baru kat U. oke meh aku share sikit. sebenarnya kadang kadang aku macam tak sedar lagi yang sekarang aku dah bergelar mahasiswi. aduyaii.. entah laa kenapa..haha. oh ya, bagi aku macam best duk situ, sebab makanan dia sedap dan murah daaaann banyak. haha.kenyang sangat sangat makan kat situ. makanan jugak laa yang kau ingat ye nadiah. hihi. tapi kan, yang pasti kaki memang akan lenguh sikit, sebab asyik duk jalan ke sana sini. almaklumlah, dulu matrik takde laa sebesar U. hahaha. sekarang ni, nak makan banyak banyak kali pun aku fikir masak masak dulu, sebab malas nak jalan pastu turun naik tangga. hahaha.pemalas betul -_-

hmm, ni haaa, ada satu benda yang buat aku risau dan tak berapa nak happy. tau ape? aku kena belajar FIZIK lagi laa.. huhu.sedihnya sedihnya. bayangkan, time spm dulu pun aku boleh tertidur time jawab paper fizik. ni nak belajar fizik lagi? ALLAHU...nak menangis pun ade ni..huhuhu..takpe takpe.. aku boleh! orang lain boleh takkan aku tak boleh, kan? huhu

oke lah, tuu je kot untuk post kali ni. lain kali aku potpet potpet lagi yea. hee.

p/s : doakan aku berjaya tau.

 assalamualaikum.

Sunday, September 8, 2013

official declare at last!

assalamualaikum...

"declare? ko dah declare? alhamdulillah..akhirnya, declare juga ko ye? haha"

haaa, tau tak ape kat atas tu? haha. takde ape pun sebenarnye. monolog je tuu.. hehe

jadi yang duk declare declare ni.. declare ape ye?haha. kepoh betul. simple mimple je sebenarnye. now i'm officially declared as one of the mahasiswi di UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. Alhamdulillah wa syukurillah.


selepas dah seminggu duk ulang alik naik turun tangga, jalan sana sini, alhamdulillah..setel jugak akhirnye minggu orientasi atau nama special nye MINGGU MESRA MAHASISWA. dan yang paling penting, MMM ni tersangatlah seronok. habis punah segala prasangka aku kat minggu orientasi.haha. serius best MMM ni...dapat kakak kakak dan abang abang krew yang sporting habis. takde walau satu pun daripada diaorang yang tak sporting. setiap masa happening je. even penat, seronok sangat sangat. yang tak tahan, kami selalu kena grenade. haaa, korang tau tak grenade tu ape? haaa, pandai pun. BOM!! haha. tau tak kenapa dan ape kaitan bom tu ngan orientasi? sebenarnye, kolej kediaman yang aku tinggal ni atau pun nama sedapnye KOLEJ TUN DR. ISMAIL (KTDI) sangat sangat sinonim ngan PALAPES. Palapes tuu sure la korang tau kan ape... hehe.. so, memang ramai laaa mereka mereka yang Palapes ni yang jadi krew krew time MMM ni... jadi, bile krew sebut je "GRENADE!!!", kami terus kena meniarap, sapa lambat confirm ade HADIAH.hahaha. "eh, lambat pun hadiah ke?" eh mestiiii..haha...hadiahnye denda laaaa..hee yang tak tahan bile ade sorang antara kami yang kena denda tuu, pastu dia punye denda kena cari pasangan dan bersanding. yang krew krew punye laaa semangat kan ambik kerusi nak bagi dia bersanding, alih alih kami ramai ramai mintak dia pilih salah seorang daripada krew untuk jadi pasangan. krew ape lagi, semua nak lari.... hahahaha... pastu, boleh pulak abang tuu, suruh tanya satu soalan untuk calon calon tuu.. guess what was her question? seriously, aku tabik dia! hahaha
she said,

"jika awak benar benar mnecintai saya, tunjukkan."

memang kami tak tahan la gelak bila tengok reaksi daripada abang abang krew bila kena jawab. tapi, sporting punya pasal, JAWAB je la..hahahaha.. tapi sayang, dua orang je yang sempat jawab, kalau tak, pecah laa perut duk gelak.hahaha.aduyai...

huhu, banyak kenangan betul MMM ni, mana duk main cheers lagi, main games lagi. haish... payah nak lupa nih. camana ni...haha. takpelah, simpan je lah buat memories yang suwit.haha

ulang ayat abang raauf sikit,

"BOLEH KE TAK BOLEH NI..."

jawapan paling best,

"bolehhhh..takkan..tak boleh..... asyukkkkk...yeahhh..shibabambubam..yeahh!!"

hahahahaaha. makin lama makin panjang pulak jawapannye...

err...ni kalau nak cerita semua mau berjela jela post ni.hahaha. ok la, tuu je kott untuk kali ni.

take care semua. moga redha ALLAH masih bersama kita. amiin. assalamualaikum..

Sunday, August 18, 2013

sesi menarik sawang.




ehem ehem. ASSALAMUALAIKUM...!!!

*sapu debu*

*tarik sawang*

amboi. kemain banyak sawang nih. haha.

sape punya blog la ni jarang bebeno update ni? haha. jeng krengg!!

moh kite balik ke cerita asal. hee. ok, rasa rasanya belum ade post pasal U kan kat sini? hehe. lambat betul laaaa aku ni. oke lah,baru baru ni kan, budak budak lepasan stpm/matrikulasi/pasum/asasi semua tuu baru dapat result dapat sambung kat mana untuk degree nanti, nak dijadikan cerita, aku dapat dua tawaran, USM dan UTM. dan dua dua tawaran tuu pulak memang yang aku nak. alhamdulillah. cuma, bagi aku, bila dapat dua dua camni, agak pening la jugak nak pilih. aku sedar, " kadang kadang, nikmat juga boleh menjadi ujian, manakala ujian pula boleh juga menjadi nikmat". kenapa aku cakap camtu yea? haaaa, cenggini cerita dia. memang lah, aku gembiraaaa sangat sangat bila aku dapat apa yang aku impikan. sape tak happy kan? hee. tapi rupanya rupanya terselit jugak ujian di situ. ujian yang macam mane yea? ha, ujiannya apabila aku terpaksa memilih antara dua yang aku suka. sulit, memang sulit. ramai yang suggest supaya aku istikharah. and alhamdulillah aku buat istikharah. aku cari jawapan. aku minta petunjuk. tapi mungkin sebab hati aku dah memang suka pada USM sejak kecik kecik dulu lagi, buat hati aku jadi berat nak lepaskan USM. lama aku ambil masa nak fikir yang mana lebih baik. at last, mak aku cakap " terima utm". Allahu. rasa macam ditimpa batu. tapi, fikir fikir balik, mungkin Allah bagi petunjuk tu melalui firasat seorang ibu. memang, aku suka usm. tapi belum tentu usm tuu untuk aku. tapi alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk aku merasa gembira terpilih untuk disenaraikan sebagai orang yang pernah ditawarkan ke usm. alhamdulillah, alhamdulillah.

dan sekarang ni. fokus cuma satu. UTM, i'm coming!

ayuh mulakan kisah baru di sana.hehe.

oh ya, raya korang camne? aku tahun ni still dapat duit raya.hehe
tapi satuu je, ramai duk tanyee pasal kahwin. aduhai,.... saye nii belum ade ijazah pun lagi, makcik! hehe

oke lah. selamat malam semua. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

p/s : belum terlambat kan? raya kan sebulan.hee


Saturday, July 6, 2013

doaku buat semua, insyaALLAH.

assalamualaikum.

ha, hari ni dah 6 julai kan? macam kejap je. rasa macam baru je sampai rumah semalam. tup tup dah dua bulan. err...ada hasil tak? eh mestilah. lemak berjaya diternak dengan jayanya.eheh.

hurm.. sepanjang dua bulan kat rumah, macam macam yang berlaku.

1. kira kira 1 bulan yang lepas, aku dah kehilangan seorang sepupu (Fahmi Nizamuddin Yazid) yang aku kira agak rapat lah dengan family aku. memang bile dah besar ni aku agak kurang rapat dengan arwah, tapi arwah rapat dengan adik adikku. dan, lebih kurang dua minggu sebelum arwah meninggal, aku dan keluarga pergi ke rumah arwah, sebab nak hantar jemputan kenduri rumah mak long sebelah rumah aku. tak disangka, itulah waktu terakhir aku menatap arwah yang masih bernyawa. tapi, jujur aku katakan, waktu tu, memang dia nampak lain, dia nampak macam diam sangat, sepatah kata pun susah nak dengar dari mulut dia. sedangkan sebelum ni, dia agak ramah dengan adik adik ku, selalu dengar diaorang sembang, gelak gelak. tapi dia diam je malam tu. aku nak tegur, tapi rasa macam tak selesa, sebab aku ingatkan mungkin dia agak kecewa sebab belum mendapat tawaran untuk sambung belajar. tapi, yang sebaliknya, hanya Dia yang tahu. wallahu'alam. apa apa sekalipun, aku doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh dan solehah. perginya arwah buat aku sedar, "mati itu pasti, andai masanya sudah tiba."

2. hari ni, 6 julai 2013, junior a.k.a roomate aku dah diijabkabulkan dengan pilihan hati. aku hanya mampu kirimkan doa dari jauh. nak hantar hadiah, tapi fulus pun takde.huhu. aku harap mereka bahagia sokmo lah.
moga moga segala onak dan duri berjaya ditempuh bersama yea adik adik :)

3. oh ya, selain daripada sepupu aku, ada seorang lagi sahabat aku yang dah pergi menghadap Ilahi. dia dah pergi kira kira 3 bulan yang lepas. tapi aku baru je tau. moga dirinya juga ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh dan solehah.



mungkin setakat tu je lah post kali ni. ramadhan pun dah nak sampai. moga moga semua amalan kita diterima. amiiin...

akhir kalam, salam ramadhan al-mubarak.

moga ramadhan yang datang ini, membawa keberkatan kepada kita semua.

PRAYFORMESIR. PRAYFORISLAM

Thursday, May 9, 2013

painful.

SALAM.. am just dropping by for a short note. very short.


dear lips,
sorry,but
i can't smile.
ugh.
it hurts very much. 
right here. in my heart.

ALLAH, guide me all the way. please.

Tuesday, April 16, 2013

thank you, KMPk!

assalamualaikum....

salam sejahtera semua. (ahaks, skema jap.hee)
erm, dah lame kan tak tulis ape ape post? hee.. takdok idea lah pulokkk. hee
nak kena marah ke nadiah oiii dok merapu je nih? hehe
ok lah, sebenarnye nak ekpress kan rasa sedih nih. dah dua tahun dah duk melepak, belajar, MAKAN, TIDO, dan sebagainye kat KOLEJ MATRIKULASI PERAK ni haa... macam macam benda dah yang dilalui kat sini, sedih, kuciwa, gumbira, patah hati( ini kurang pasti.haha)... tapi.. yang penting.... aku saaaaaaayangggg sangat dekat KMPk ni, walau kadang kadang tu ade masa agak geram. errr.. biasalah kan, ape ape pun mesti ade yang lebih dan kurang.. kan kan kan? heee..

haa... tau tak.. dulu time semester dua kan, masa nak balik cuti tu, kemain lagi semua semangat je packing barang, ni tinggal lagi dua minggu, rasa sayu pulak nak kemas barang, tengok ufo kmpk sedih, tengok lecture hall sedih, tengok cubicle sedih, tengok tangga maut sedih, pendek kata,  tengok semua benda pun jadi sedih, tapi...... tengok kafe jadi lapar..... hahahaha.. eh eh, lupa nak mention, tengok ATM patah hati rasanye, sampai ke sudah dia jadi OUT OF SERVICE,  sedih sedih sedih, teman takde duit ni haa atm oiii, tolong le teman, tunggu lagi dua minggu ja, lepaih tu rehat le awokkk, penat teman nunggu ni haaa, kering purse. jangan teman pun jadi kering sudah. terkejut orang kampung teman nanti karang.haha (oke, ni hiperbola.haha)

oh ya, jom tengok gambar gambar sikit yea.






dah macam nak nasyid pulak.hee

lawa kan? KMPk..hee

haaa... ni la tangga maut KMPk.hee

flowers of kt2t3.

kejap tinggi kejap pendek aku ni.haha

ok. ni dalam Hep. 

RAMLI's daughter (:

miss amal and us

ceroboh seri ipoh.eh? haha

zu. geng sejak skolah. :)

iftar :)

ingat kafe, ingat makanan. haha







oke lah. sampai situ je kot. tak larat nak upload gambar banyak banyak. hehe. dah sampai angka ribu kot gambar gambar kami selama dua tahun kat sini. suka benar bergambar.hehe

oke lah. buat kawan kawan, saya sayang kamu semua. You will be always in my heart. and also, to roomates... and ex roomates, sayang kamu semua jugak... terima kasih untuk semua. halalkan semua ilmu, makanan, minuman dan sebagainya.hehe. 

|salam sayang, nadiah ramli :) |

p/s : sebenarnya dulu aku payah nak express rasa sayang. tapi seorang sahabat pernah cakap "kita kalau sayangkan saudara saudara kita, luahkan" jadi aku belajar untuk express, supaya aku tak menyesal bila kesempatan tu dah pergi. :)


last word, THANK YOU, KMPk!






Saturday, February 23, 2013

kenapa mesti sedih?

assalamualaikum... ape kabo semua? aku sihat sihat je, alhamdulillah. 
singgah kejap ni, nak story mory.. semalam aku punya birth date. tapi aku tak happy sangat. tau kenapa? aku ada selisih faham dengan seorang kawan. aku terasa satu kekosongan bila dia marah kat aku atas sebab yang aku tak tahu APA. huhu

mungkin tu sebabnye perasaan aku jadi kosong sangat semalam. orang lain mungkin gembira di hari ulangtahun kelahiran, tapi aku gembira di wajah, duka di hati. tapi takpelah, moga ada hikmah di sebalik semua ini. supaya aku lebih kuat mungkin. insyaALLAH...

hmm...jadi.. biasanya benda wajib time celebrate birthday apa? mestilah PRANK kan... err...semalam sebenarnya aku agak boleh detect la kawan kawan aku nak prank aku, ye la..selama ni aku pun join diaorang kenakan orang lain, takkan la aku takleh detect gaya orang yang nak prank aku kan.? hehe.. tapi sebenarnya aku tak sempat nak mengelak semalam. tak cukup kalsium kot, lecturer aku la cakap, haha. tapi macam mane pun aku tetap nak ucap terima kasih la kat mereka semalam. terima kasih sebab hilangkan kesedihan aku walaupun kejap. 

oh ya, tau tak? semalam aku dapat dua aiskrim. betul betul sejarah la dalam hidup aku dapat hadiah aiskrim dua sekaligus. hahaha. dua dua sedap pulak tu. thanks to wanie dengan akmal. haa, satu lagi, semalam kat umah cousin aku merangkap jiran aku, ada perjumpaan keluarga besar kami buat kali ketiga. adui, frust betul tak boleh join. time birthday sendiri pulak tu. siap ada kek bagai. jeles jeles dan jeles sesangat diriku dikejauhan ni. rasa macam nak naik private jet on the spot balik kampung. eh, kaya nya engkau nadiah? hahahaha. takdelah, berangan jeh. 

ok lah. sebelum aku tulis fullstop paling last dalam post ni, aku nak ucap kan terima kasih tak terhingga kat mak aku sebab sudi mengandungkan aku selama 9 bulan, ayah aku sebab didik ilmu agama, ilmu akhirat, sebab tak manjakan nadiah lebih lebih. tak lupa, terima kasih kak husna, kak najihah, adik adik aku, mat hanis, ammar, aqilah. maybe aku nampak degil, tak dengar kata, tapi aku sayang keluarga kita. bagi la banyak mana emas pun, takkan dapat ganti salah seorang pun daripada kalian. 

terima kasih jugak kat cikgu cikgu, lecturer lecturer, sebab sudi ajar macam macam ilmu kat saya. insyaALLAH saya cuba praktikkan. buat kawan kawan dari kecik sampai la dah besar ni, kalian semua amat bermakna. mungkin kadang kadang ada salah faham antara kita, tapi mungkin itu cara untuk mematangkan kita, antara sedar atau tidak. oke lah. dah panjang kot. hehe. terima kasih pada yang sudi membaca. awak baik. (: selamat malam, assalamualaikum...

p/s : oh ya, pasal title kat atas, biar aku jawab persoalan tu. rasa sedih itu perlu ada supaya kita lebih menghargai rasa gembira. (:

| semakin bertambah umur, semakin dekat dengan tarikh kematian. bersediakah aku? ALLAH...kurniakan aku pengakhiran yang baik.amiin |

Sunday, February 17, 2013

release tension (:

assalamualaikum..

hmmm.. lame dah tinggal blog ni. blogwalking pun dah jarang. habis dah hilang ilmu menulis. haha. takpelah. just nak sharing sharing je. semalam aku dengan kawan kawan pergi LostWorldOfTambun. saja la main main air. (dah namanya tempat main air, nak buat apa lagi kan?haha). 

semalam punya lama kami duk situ, daripada sebelum buka sampai dah nak tutup tempat tu.haha.  biarla... dah bayar mahal mahal kan, jadi enjoy semaksima yang mungkinlah kan, cewaahh... kemain lagi kita.haha

so, apa yang menarik kat situ? aku nak cerita pun serba salah. haha. kenapa? sebab aku boleh main kat bawah bawah ja. gelongsor semua aku boleh pandang sepi je. sebab? sebab aku pakai tracksuit. hahaha. biar lah. kira ok la main air kat bawah tu haaa... nasib baik ade jugak ombak, kurang sikit rasa syahdu takleh main gelongsor, hahahaa.... adui laaa.... aku dah la teringin nak main gelongsor, nak main kat playground kang orang pulak tengok pelik. (yelah, umor pun macam orang dah boleh kahwin nak main gelongsor lagi? jatuh saham aku..errr.hahaha) 

erm... kalau tempat tempat macam ni kan, satu benda yang memang aku tak suka ialah harga makanan. bayangkan, semalam aku makan nasi ayam saja dah tujuh ringgit. campur air 100 plus yang dalam tin tu tiga ringgit setengah.. tapi kalau nak beli air mineral pun, dah tiga ringgit jugak. better aku beli air 100 plus yang beza harga 50 sen tapi ada rasa. adui..gila mahal bagi aku yang bukan anak orang kaya ni *geleng kepala*

ha, semalam kami sempat gak pergi masuk kat bahagian hotsprings. sebelum masuk, test siap siap panas ke tak air tu even kat tepi tu dah tulis siap siap suhu dia. ade 43 darjah celcius, 37, dan lain lain. tapi ada satu ja kot yang kami betul betul berendam. yang tu taktau suhu dia berapa. tak perasan pulak.haha. tapi best. aku try rendam muka dalam tu. seronok seronok.haha

oh ya, semalam ada gua apa entah kat dalam tu, aku masuk la dengan kawan aku. kami cari la apa yang patut dibuat dalam tu. tapi macam takde apa yang kami boleh buat, so kami keluar la. elok kami nak keluar tu ada la sekumpulan lelaki ni haa.. diaorang nak masuk dalam gua tu, jadi kami yang dah masuk ni buat buat la muka seronok keluar dari situ, bukan selalu nak kenakan orang kan.hehe

hmm..ok la... ni dah panjang lagi sekali aku punya post.haha.sorry sorry. sebagai penutup, nah! gambar kami sekeping! tata, assalamualaikum...





Tuesday, January 29, 2013

aku yang sedih.

assalamualaikum....
lama tak jejak sini.... seingat aku, tahun 2013 ni, ni baru first post aku.haha.teruk betul.
hmmm, sebenarnya takde ape pun yang aku nak tulis.. nak menyanyi je.... lagu ape? jom terjah..!

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu

dah kenapa lah aku ni jadi addicted kat lagu ni sejak akhir-akhir ni. bak kata roomates aku, aku ni jiwang. betul ke? tapi rasenye sejak dulu lagi memang aku jiwang.hahaha. macam putus cinta pulak gaya aku ni.hahaha. tapi ntahlah sejak akhir-akhir ni aku suka sedih tiba tiba, eh, maksud aku, bukannya aku suka suka nak sedih ni. tak betul ke ape suka suka nak sedih?hahahaha.maksud aku tengah aku duk seronok seronok, tiba tiba hati aku jadi sayu sangat... entahlah kenapa... sedih sedih.huhu...

oke dah dah, aku dah mengarut banyak pulak, saja nak buang masa. padahal ada banyak lagi nota yang aku kena baca.teruk teruk.hahaha. oke lah.. semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama kita. and tak lupa, pray for GAZA ya kawan kawan. salam 'alaik.. 




entry serangkai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...