sodiqi usrati...=)

like!!!

liku2 hidup yg panjang ini harus aku tempuhi demi mengejar MARDHOTILLAH...

Tuesday, October 4, 2016

Saya dah besar!

Assalamualaikum, 

haaaaa macam biasa lah, baru nak ingat update entri bila dah tinggal setahun.hahaha. Apa khabar la agaknya semua kawan kawan lama ek? Lama sangat dah menyepi daripada berblogging ni ha. Nak tulis entri pun tanya member sebelah nak tulis pasal apa.hahaha 

oh ye, sekarang ni aku dah masuk dunia intern dah. 

Kat mana? 

kat Key Ell y'alls. hahaha. 
Kasi can lah orang kampung jengah bandar sat.

Jauh lagi dari parents. haha. Maknanya apa?
Saya dah besar dan makin membesar for sure! haha

nak cerita pasal tempat intern ke? hmmm takyah lah. Aku tak reti nak describe tempat ni jadi menarik camane. Ampunkan daku. hihi

ha, kat sini ni aku duduk rumah sewa. First time bak hang. So ni macam benda baru la bagi aku walaupun sebelum sebelum ni duduk hostel kan. Tapi sebenarnya rumah sewa yang aku duduk ni sebijik sejibun jugak macam hostel feeling dia. Beza dia satu je. Ada dapur boleh tungtangtungtang masak sesuka hati sambil menyanyi lagu Ella- Standing in the eyes. kof kof

Sepanjang aku duduk rumah sewa tu, kira dah dalam 5 minggu camtu kot, dah dua kali aku terkunci dan terkurung dari tempat yang takboleh nak escape. 

1. Masa aku angkat kain baju dengan penuh khusyuk. 
2. Masa pi toilet.

Lama pulak tu tiap kali jadi. Penat oh menjerit panggil orang sambil lawan bunyi siren ambulans, moto rxz lalu lalang. Sudahnya aku pasrah je lah. hahahaa Typical nadiah sangat.

Tapi di sebalik benda benda gini, ada benda yang aku suka duk sini. 

Public transport.

Jakun sangat kan? hahaha. Lantak lah orang nak kata jakun pun, tapi aku memang ada satu habit, suka naik public transport. Kalau dalam utm tu, aku la spesies yang suka naik bas keliling kampus.hahahaha 

Bila dah duduk sini, lagi syiokkk, Banyak yang ada. Setakat ni aku dah belajar naik monorel. Gigih suruh member ajar camane nak naik.hahaha, Tapi puas hati lah dapat naik, sambil tengok view sana sini. Really nice. Aku pun taktau nak describe feeling best tu camane. Mungkin sama dengan feeling bila seorang peminat fanatik jumpa artis pujaan kot. Entah lah.hahaha.

Dengan itu, aku dah tambah cita-cita aku. Nanti nanti bila dah kahwin (ni belum confirm kan, tapi tak salah berharap kan? hihi), aku nak jalan jalan ngan future husband aku naik public transport je. Baru feeling tengok view sesama.hahaha. Nasib la inche future husband dapat isteri gini.hahahaaha. Eh kejap, tu bukan cita-cita kan? Wishlist ek? Entah. haha

Jadinya aku nak cakap, setakat ni aku kat KL ni bahagia jugak lah. Walaupun agak sedih belum dapat jumpa anak buah aku yang baru je lahir bulan lepas. Yang aku tahu, aku nak setel kan intern ni cecepat, pastu setelkan FYP dan......................grad. Fuhhh! tak sabarnya rasa.hahahaha

So.....the thing is, I'm doing just fine here. And the journey is still a long way to go. 

Harap kita semua dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Ameen. 

entry serangkai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...