sodiqi usrati...=)

like!!!

liku2 hidup yg panjang ini harus aku tempuhi demi mengejar MARDHOTILLAH...

Monday, September 24, 2012

birthday oh birthday!

assalamualaikum.sihat?

 oke. just be here to tell you something that is common among us. alamak. speaking pulak aku.hahaha. oke lah. oke. cuba bayangkan word BIRTHDAY. apa benda yang korang terbayang? meh aku tolong jawab. hahaha. oke. bila sebut BIRTHDAY kan..mesti aa  birthday girl @ boy kena prank, main tepung. simbah air, baling telur and bla bla bla.... hahaha...normal la tu kan? baru happening orang kata.

so ape kes duk tulis merapu ni? kehkehkeh.ade la sebab nye.

oke, ni nak story mory. oke. kelas kami ade dua orang birthday girl baru ni. semalam cik najatul. semalam punya semalam pulak cik diba. dua dua kami raikan. haha. penat oiii. tak pernah aku main tepung sampai dua hari berturut-turut. ni kalau kakak aku tau aku main tepung, mesti dia marah aku sebakul.haha. tapi takpelah. sekali sekala. haha.

oke.ni ceritanya, sabtu malam baru ni kan. aku, wanie, zu, aini, mia duk plan nak prank si diba. punya la payah tau tak. tau sebab apa? dia dok melekat lam bilik macam bilik tu macam bilik tu penuh ngan harta karun. almaklumlah takut kena prank kan. haha. tapi dalam takut takut dia tu, terkena jugak last last. hahaha. tau camne kami buat? hahaha. tak leh la nak ingat. rase nak tergelak berguling guling je.

haaa... kami buat camni, mula mula aku pegi  la ajak cik diba basuh kain. sebab, memang kami selalu basuh baju malam malam. tup tup dia taknak pulak. so apelagi, jom kita buat drama ayaq mata!  hahahahaahahaha. seronok. tak sangka dia percaya aku merajuk. aku punya la tahan gelak.duk gelak lam hati je la yang mampu. hahaha. dah dia taknak basuh baju kan, kita skip plan kedua. aku pegi bilik wanie, cakap itu cakap ini. keluar la tanduk versi halimunan atas kepala. wanie pujuk punya pujuk. keluar la jugak tuan puteri tu dari sangkar.haha. dah keluar ape lagi kan? KITA SIRAM DIA! hahahahahahahaaha...

esoknya kan, pegi pulak amik gamba ramai ramai. prank cik diba sekali lagi. duk syok syok dia posing kan, pakcik iqbal pegi siram dia lagi sekali ngan tepung! hahahaha... dah tu kejar kejar la sampai semput.hahaha

haa...pastu semalam pulak birthday cik najatul, main tepung lagi sekali, yang ni memang main puas puas la. sebab majoriti main.haha. oh ya, sebeluim tu kami makan, nasi lemak ayam....sedap woooo..alhamdulillah.. dah main tepung tu kan, muka pun macam zombie. snap gamba banyak banyak. macam macam pose ada. seronok.haha..yang penting, semua sporting, oh ya, macam tak lengkap pulak rasanya. sebab tak main air. nak buat lagi ke eh? hahahahaha......takmau dah..penat sangat sangat. tapi harap harap semua hepi hepi lah. it's good to have u all as my friends guys!! heee....

oke lah. dah habeh dah ceghita nya. tata.assalamualaikum

p/s: post ni pun takda gamba.sorry.hehe

Monday, September 17, 2012

i killed . . .

assalamualaikum. hurm. hari ni sedih. kenapa? saja. huhu. takde lah. sebenarnye aku sedih sebab aku dah buat orang menangis. seriously aku takde niat nak buat orang sedih. apatah lagi dia. dah kenal lama kot. bertahun tahun. since aku darjah lima dah kenal dia. memang lah orang cakap kadang kadang kita perlu sedih supaya kita lebih menghargai rasa gembira, tapi why must because of me? huhu.sungguh aku sayang dia. macam mana dia benci aku pun sekarang tapi aku tetap sayang dia. sampai bila bila. sebab? tak perlu ada sebab kot. dan kamu, kalau kamu baca ni.. saya nak mintak maaf sangat sangat kat kamu.saya tak sengaja. memang susah untuk kamu, tapi susah jugak untuk saya. harap sangat kita still kawan. tapi kalau tak nak takpelah. saya faham. tapi tak sanggup nak kuburkan persahabatan yang dah 8 tahun. kalau dulu ada senyum untuk saya, saya harap masih ada lagi sisa sisa senyuman tu untuk saya. biarlah sedikit pahit pun.saya faham. and lepas ni kalau terserempak ke, kamu nak buat tak nampak ke saya faham jugak. salah saya. saya tau tu. hope kamu happy lah yea, hope kamu tak betul betul gagal macam yang kamu cakap semalam. kamu kena berjaya, kalau tak, saya tak tau nak cakap camne lagi dah.rasa bersalah sangat sangat. dan saya jugak takkan block kamu, because i don't have any single reason to block you. maaf kalau kamu rasa saya melampau semalam. saya betul betul tak sengaja. selamat tinggal kamu. gud luck. saya doa dari jauh je la yea. saya sayang kamu. salam.




sincerely,

 

Tuesday, August 7, 2012

alamak...dah exam!!!!

assalamualaikum...

ape kaba sume? hope sihat la yea dan moga masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa yang kian bersisa hari demi hari ni. oh ye, sebenarnya aku menulis entri kali ni untuk mengisi kekosongan waktu sementara belum masuk waktu asar sekaligus nak reduce concentration rumus kimia yang pelbagai dalam otak aku ni. hoho. 






haa...sebenarnya sekarang ni aku tengah exam. kiranya dalam mood exam la. hmm..tadi exam macam  best. tau sebab ape? bukan sebab boleh jawab dengan jayanya, tapi sebab koordinat aku yang teramat strategik. dekat giler ngan kipas kot.hahaha. hepi sangat sangat.haha. tapi oleh sebab kedudukan yang teramat dekat ngan kipas tu, maka slip peperiksaan aku dengan bahagia nya terbang ke sana ke mari. aku pulak hanya mampu melihat keadaan yang sadis itu.nak ambik tak boleh. hahaha. so aku biar je la. tunggu je ade pengawas yang tolong amik.

oke.jadi oleh sebab aku memang tak berniat nak panjangkan entri ni kan, so aku nak wish kat kawan kawan. jom bermujahadah! wish kome sume ALL THE BEST and BITTAUFIQ WANNAJAH! buat elok elok tau.....kita ada lagi tiga kali exam kat matriks. means lagi tiga kali otak akan berterabur. hahaha. ok la.salam ramadhan semua. selamat berbuka dan selamat berterawikh yea kawan kawan. assalamualaikum...

p/s : hari ni bahagia sebab first time bagitau kat mak terang terang yang aku sayang mak. hehe (maybe dah biase bagi korang.tapi aku baru first time.huhu). wahhhh..terasa sangat manisnya berkasih sayang kerana ALLAH. hehe. buat sesape yang belum pernah cakap yang korang sayang mak ayah korang. baik cakap tau. best. boleh sengih sorang sorang. hehe. terase macam satu kelegaan. ^__^ oh ye. lupe nak cakap, study study jugak, doa jangan lupe ye kawan kawan. jom kite doa!































Friday, August 3, 2012

..tanpa tajuk..

assalamualaikum...
sume sihat? oke. malam ni nak cite ape yea? wifi kolej aku dah oke? rase macam dah lapuk.haha. takpe la. nak bagitau jugak.haa...kolej aku punya wifi DAH OK SELEPAS AKU BELI BROADBAND. nasib engko le nadiah. haha.
oke la.sebenarnye bukan nak cakap pasal tu pun. sebenarnya aku terasa nak menulis je malam ni. dah boring menulis atas kertas. tulis atas keyboard la pulak. haha.
hmm..alang alang ni kan. terasa nak cerita. hidup aku ni ALLAH jadikan selalu je jumpa orang yang baik baik.alhamdulillah. tapi terkadang aku terasa macam rimas. eh. bukan maksud aku tak suka. suka tapi kadang kadang...yelah..aku pun manusia. yang mana iman selalu je turun naik.. yes, aku bersyukur sebab ALLAH sayang aku. buktinya? boleh kata tiap kali aku mula lalai dan lagho..masih ade insan yang ALLAH titipkan untuk sampaikan pesanNYA... dan aku bersyukur sangat tiap kali mata aku masih lagi boleh basah dengan air mata.sebab? tu tandanya hati aku belum mati. alhamdulillah.
sungguh. bile dikenang balik hidup aku selama hampir dua dekad ni. terlalu banyak masa, hela nafas yang telah aku sia-siakan. kata seorang sahabat aku
" hidup nie xkan pernah adil pada diri kita, jd bersikap adillah pada diri sendiri krn diri kita xkan pernah zalim pada yang mengawalnya.."   

           
 
  dan sungguh. sahabatku itu memang banyak membuat aku tersedar dari lena yang panjang.saat aku terasa down dia mampu kuatkan kembalikan semangat yang memang makin pudar.terima kasih kawan! moga dirimu dipermudahkan segala urusan.huhu..syahdu pulak rasanya post kali ni.maaf.kiranya ade salah dan silap.terkadang bila fikir. banyaknya dosa. andai dosa boleh dipadam ngan pemadam sekalipun mesti tak termampu nak padam. huhuoke la. selamat malam yea semua. selamat beribadah di bulan yang penuh barakah ni. assalamualaikum

Monday, July 2, 2012

i tabik spring u!! ^_*

assalamualaikum.kawan kawan sihat ke?
hope sihat lah yea. aku pun baru sihat. tu sebab la baru post update baru ( alasan logik tak? lame beno aku sakit.haha) okai. post aku kali ni just nak cerita keterujaan aku dan jugak kekaguman aku yang melampau kat orang orang lama. why? ikut suka aku la.haha. takde la.actually aku kagum sangat sangat kat orang orang lama ni pasal dorang sangat hebat dari segi ilmu pengetahuan. tak payah pegi sekolah perah perah otak macam aku ni ha. hidup aku dengan buku je sepanjang hayat tapi hidup dorang just perhatikan segala kejadian menakjubkan dari DIA pun dah cukup buat dorang bijak (aku tak cakap hidup ngan buku tu salah.hoho) tak percaya?? penah dengar tak pepatah yang segala bagai dari mak nenek? kadang kadang memang la rasa rimas. sebab asyik terasa macam jadi banduan je. buat tu salah, buat ni salah. kan?? hehe.maklumlah jiwa remaja. kuikuikui. =.=' tapi kan.......bile dah puas terasa diri ni betul. cuba fikir balik. kenapa dorang susah susah je duk reka pepatah pepatah yang menyeramkan macam " jangan menyanyi sambil masak, nanti dapat laki tua", " jangan duk atas tangga, nanti lambat dipinang orang", " jangan duk atas bantal, nanti dapat bisul" and macam macam lagi lah.tak larat nak list down.haha. oke. cuba fikir..mesti la dorang ade rasional nye kan? macam pepatah "jangan nyanyi sambil masak,nanti dapat laki tua"...betul ke??? hahaha...sebenarnye kan.... tu nak elakkan daripada air liur terpercik dalam masakan tu haaa... takde kaitan pun dengan kahwin ngan laki tua ke ape ke...hal kawen ni rahsia ALLAH...kalu dah jodoh ngan laki tua nak wat camne kan? peace.... hahaha ok la...sampai situ je la kot....kelas dah nak dismiss. tata.assalamualaikum....

Saturday, May 5, 2012

MATRIKS KE U?

assalamualaikum....

alhamdulillah..post pertama selepas seminggu bertapa kat rumah..hahaha. adakah saya pemalas? memang. hoho. umm...jadi post kali ni just nak jawab soalan common adik adik kat saya. nak tau soalannye? macam biasalah.. "akak, best tak blaja kat matriks?", "akak..blaja kat matriks susah tak?", " akak, kalau U ngan matriks, mane lagi baik?", kalau tak pun, camni " akak, kalau orang macam saya ni layak ke nak blaja kat matriks? akak rajin dan pandai takpelah" hahaha. RAJIN dan PANDAI la sangat kan...takde maknenye......
hurm....camne nak jawab ni?

oke la.adik adikku sekalian.... macam ni lah....
akak tak mampu nak jawab soalan soalan adik semua... sebab rezeki tu dari ALLAH....setiap dari kita ni ada rezeki masing masing.... kalau nak cakap soal pandai memang tak sesuai la akak rase.... oke...saya yakin dan pasti...mesti kalian pernah dengar orang cakap atau mungkin diri kalian sendiri penah berfikir camni...               " ala....yang masuk matriks tu suma budak budak pandai.." hatta saya pun pernah fikir camni.haha. tapi betul ke anggapan camni? saya pun taktau nak judge.... tapi as for me.... setakat yang saya nampak dan kaji....memang ada yang bijak.....betul betul bijak....tapi ada jugak yang bukan asal daripada orang yang bijak tapi alhamdulillah ALLAH bagi dye peluang untuk meraih kejayaan sebab asalkan dye mahu belajar daripada kegagalan yang lalu.... orang yang camni saya selalu nampak...dye kuat berusaha...stay up malam malam....selalu jumpa lecturer...insyaALLAH boleh...bahkan mungkin lebih berjaya daripada yang memang dah pandai sejak zaman sekolah lagi....dan tau tak?? seandainya orang orang sebegini dapat meraih kejayaan... sungguh manis nikmatnya kejayaan yang diraih itu...ohh bahagianye.... oh ya..jadi kenapa saya over sangat ni? hahaha..takdelah...cuma saya pun pernah merasa kegagalan yang buat saya rasa down yang amat....

oke...jadi kesimpulannya susah ke matriks ni?
bagi akak " tak susah..kalau kita nak susah..tapi bukan senang nak senang"
as for me...susah atau tidak...kita serah segalanya kat ALLAH.... kita usaha macam mane pun...kalau perancangan ALLAH itu tak sama dengan kita...maka kita tak mampu melawan jugak.... sebab ALLAH itu MAHA BIJAKSANA....percayalah denganNYA....insyaALLAH kita berjaya.... 

bagi akak...setahun berada di matriks... sangat seronok..... memanglah mula mula agak tension...sebab tak biasa lagi dengan gaya hidup di matriks...tapi percayalah...lama lama kita akan biasa.....ingat tak....dulu dulu masa first time masuk kelas masa darjah 1? ada tak yang nangis ? confirm ramai kan? hehe...sebab ape? tak biasa kan? haaaa...camtu la jugak keadaan nya bila sebut pasal MEMBIASAKAN DIRI di mana mana.... cuma bezanya..dah besar ni takdelah sampai nangis...haha..peace!!!

comel jugak kalu nangis..hoho




aihhh....nak gi mane ni...


jadi nak pilih U ke matriks?
haaa...yang ni memang susah la nak jawab...ALLAH je ade jawapannye....jadi buatlah solat istikharah...mintak petunjuk dari ALLAH....sebab kadang kadang hidup ni tak selari dengan ape yang kita nak....sebab ape? sebab ALLAH bagi apa yang kita perlu...bukan ape yang kita nak.... seingat akak, dulu dulu akak pun taknak masuk matriks ni haaa..cukup alergi dengan word MATRIKS ...hahaha...tapi kenapa pergi jugak kalau tak suka? oke....diakui dulu sebab parents nasihat akak suruh pergi....oke jadi dalam waktu yang sangat singkat.... akak bersiap lalu pergi la jugak matriks even berat hati... lepas tu.... duk situ untuk seminggu sungguh memeritkan....sebab taktau kat mane kelas tuto....kat mane library...kat mane lec hall...kat mane padang and so on....kawan sekelas pulak takde langsung yang akak kenal..... cukup seminggu...mak pulak call ckp akak dapat tawaran ke KISAS....ek eh....SBP plak.....oh noooooo!!! hahaha...selain matriks...akak jugak alergi ngan SBP...hohoho...baru je ingat nak setuju.....then ayah cakap tak payah pulak....so...akak teruskan lagi duk matriks.....kuar pulak result IPG...akak gagal....pastu tibe tibe mak call lagi....dapat SPA pulak.....nursing? hoho....memang taknak la kan......and tibe tibe ayah cakap takyah jugak....alhamdulillah....hehe.... last2...akak terfikir...."mungkin dah memang rezeki aku di sini" lalu akak ikhlaskan hati belajar kat matriks..... alhamdulillah memang best..... ^_^


jadi maybe sampai kat situ je la.... sekadar perkongsian pengalaman...sorry kalau ade tersilap kat mane mane.... wallahu'alam.....

p/s: bukan nak mintak adik adik pilih matriks....tapi pilihlah yang terbaik dan yakinlah pada ALLAH.... sekali kita melangkah jangan mengundur lagi!!! ^_^

Wednesday, March 28, 2012

KEM OH KEM

Assalamualalikum......

oke.lame tak menulis kat sini kan? baru sedar yang ni baru post kedua untuk tahun ni.haha.setelah sekian lame tak menulis. kepala pun dah tingtong. haha. by the way, bila dah lame tak menulis ni... banyak berita or cerita tak terungkap sebenarnya..sampai tak tau kat mane nak start..haha...

oke lah.... start kat sini lah... baru baru ni kan.... aku dan kawan kawan seangkatan a.k.a student PDT kmpk ni baru je join satu kem yang name nye ape tah. aku pun dah lupe. yang pasti aku ingat name kem tu ade word "letcamp"... meh aku translate ke bahasa melayu... letcamp=kem biar...hahaha...suke suke je aku kan.... xdelah...terjemahan itu takde kaitan ngan yang hidup...yang koma ataupun yang dah meninggal......even encik google pun tak terlibat..hahaha....

oke..jadi ape hal nye dengan kem tu yea? takdelah..sebenarnye aku nak cakap.. kem tu best sangat sangat... seingat aku la kan....sepangjang 19 tahun aku bernafas... tu la kem yang paling best aku pernah join..tau kenape? sebab boleh main....hahahahaha....lepas stress aku..... serius. memang aku tak tipu. kem tu takde langsung bagi pressure. duk main je tiap mase. even kalu ade mase free pun... main gak..hahaha.tau main ape? buat "refreshment"..... best..... ade refreshment ooo air la.... refreshment open banana laa... kim kam bai la(yang ni aku ak sure cara sebut dye)...pendek kate macam macam ade...and guess what? sampai sekarang effect tu masih ade.... sampai duk lam kelas pun duk buat refreshment lagi..hahaha...

eh.aku tak sebut lagi sape team member aku kan?
ni dia...........

::wanie_wippy::syida::anis::linda::aimi::munirah::intan::fatin::

haaaaa...tu la sumenye.....1 2 3 4 5 6 7  8 ( aku yang ke 9)... eh eh...tak cukup lah.. sape lagi ea? oppppssss.... the one and only boy in my group... hahaha...sape lagi kalau bukan si ::fitri:: oke..seriously tak penah kenai pun depa sume ni....except wanie and syida.... sebab wanie ngan syida ni classmate aku...the rest tu..penah nampak tapi tak kenal....hoho...

oke....depa sume ni sporting yang amat....teringat pulak mase amazing race tu kan.... part yang kena makan belacan...bawang putih pastu minum air halia... perghhhhh...gila seksa bila nak kena makan belacan camtu.... bayangkan...belacan yang giler masin tu kita kunyah camtu......wahhhhhhhh...laziiiizuunnn....hoho...teringat iklan roti gardenia.."gardenia.....sungguh enak dimakan begitu saja" meh kita tuka ayat dye....jadi camni "belacan...sungguh enak dimakan begitu saja" hahahahaha...


ok lah...sampai situ je la kot.....kalau nak cite semua memang penat la biji mata nak bace kan? hehe... ummm...rasenye untuk post kali ni  gambar pun takde....pasal gambar lam handfon or lam laptop.... ni la jadinya bila update blog lam it lab....hahaha....

k la..moga bertemu lagi di post yang akan datang (entah bile la).... wallahu'alam


p/s : post ni hanyalah luahan jari ku sahaja.... jadi kalau ade tersalah dan silap harap diampun.....peace !!! ^_^


tagline hari ni : " jangan melihat pada yang menulis...lihatlah ape yang ditulis..."

Thursday, February 23, 2012

special day of my life!!

assalamualaikum........

haaaa....sementara orang lain duk sibuk sibuk nak post pasal lisa and yusry kan. aku tak nak join sekali.haha. hari ni nak cite sumting jadi agak panjang lah entri.so, sape sape yang memang terasa matanya tak larat nak mentranslate huruf huruf dalam entri aku ini menjadi satu cerita, sila tekan button [X] dengan berhemah.so, ape ceritanye yea? ok.here we go!

umm..oke, ni pun first post of the year kan? haha. orang lain buat first post malam tahun baru kan? yang aku pulak boleh pulak tunggu sampai bulan 2. kekeke.ketinggalan betul. nak wat camne kan, mood baru datang.haha

oh oh sory.melalut jap. hehe

so, ceritanye camni. pada tanggal 22 februari 2012, genaplah umo aku 19. oleh sebab hari besday aku ade kuliah, tutor and so on, jadi kawan kawan aku TERPAKSA mengenakan aku di malam hari. tengah tengah malam of course. haha.memanglah kan. aku memang suka mandi malam malam. haha.

diaorang buat ape tau? masa malam tu, time aku duk syok syok balas mesej kan. yelah, kawan kawan aku yang daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sampai lah kawan kat matrix..semua duk wish. memang aku ralit la kan. oh ye, actually malam tu, aku ade dengar tau diaorang duk bisik bisik nak kena kan aku. tapi, betullah.aku malas nak ambik pusing. so, aku biarkan je. lagipun aku malas nak kuar dari bilik. aku tau diaorang memang nak suruh aku keluar dari bilik, macam macam diaorang cakap, kejap nak buang air kecik la, kejap sakit perut lah. aku buat donno je.haha.

so, camne aku boleh terpedaya jugak? si rumate aku la punye pasal. dye cakap nak pinjam tudung daripada kawan aku tapi malu nak gi mintak sendiri. so, dye nak aku teman. aku pun tanpa syak wasangka, ikut je lah. then.. time nak balik bilik tu kan, aku macam pelik la kan.. kenape tak lalu je jalan yang biasa, so aku tanye lah dye " nape mesti kena lalu kat sini?" then..................................... tutttttttttttttt.... siaran tergendala. hahaha. sejuk doe kena siram tengah tengah malam. aku lari gile laju taknak kena siram. pastu diaorang tarik aku. almaklumlahkan, aku KURANG RINGAN untuk diangkat.haha.

jadi tulah ceritanye.  tau ape aku rase? geram + hepi + rase nak cubit cubit sorang sorang = air mata sibuk nak keluar.haha ape ape pun aku hepi sebenarnye, even family takde nak makan kek macam biase, tapi kawan aku pun ade beli kek untuk aku.alhamdulillah.hehe

so, untuk budak kelas t1t3, terima kasih lah korang. untuk jiran aku, aini and also my rumate, insyi and mia, terima kasih jugak. speechless rasenye. haha. korang jangan risau,  nanti aku balas dendam tau.haha.


terima kasih dalam air mata.haha
p/s: untuk mia, aku tau hang x puas hati sebab aku siram hang hari tu kan? haha.teruk la. by the way, kita same same terkena! haha. untuk ah kiam, thanks and sorry sebab ah kiam  tak dapat join malam tu.haha

entry serangkai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...