sodiqi usrati...=)

like!!!

liku2 hidup yg panjang ini harus aku tempuhi demi mengejar MARDHOTILLAH...

Saturday, March 14, 2015

Review DIAgnosis

Assalamualaikum, apa khabar agaknya iman kita hari ni ye? Syahdu je terasa hari ni. Mungkin sebab aku baru je khatamkan buku DIAgnosis.Ya, memang agak lambat aku beli dan baca buku ni, tapi bagi aku, penantian kali ini sangat berbaloi. Alhamdulillah. Kenapa? Sebab bila aku baca buku ni, terasa macam ‘ditegur’ direct dariNya.

Apa istimewanya buku ni?

hmm, aku cerita ikut pendapat aku lah ye, mungkin betul dan mungkin jugak tak betul, wallahu’alam. Dalam buku ni, beberapa orang doktor berkongsi kisah kisah yang jadi kat sekitar diaorang. Bagaimana seorang hamba yang mungkin pada hari ini seorang yang hebat, esoknya lemah tak berdaya dan hanya mampu berserah pada Yang Esa. Bagaimana hebat pun ilmu manusia, tetap tidak boleh menandingi hebatnya ilmu Allah. Bagaimana peranan seorang isteri, menjadi sayap kiri perjuangan sang suami. Bagaimana kuatnya Allah jadikan kasih ibu buat seorang anak, hinggakan sanggup korbankan kepentingan sendiri. Bagaimana hebat perancangan manusia, tidak mampu dipersoalkan perancangan DIA Yang Maha Hebat. Allahuakbar. Cukup menginsafkan.

Ada satu kisah dalam buku ni, tentang pasangan suami isteri bergelar doktor, yang pada mata kasar kita, tentulah takde masalah jika jatuh sakit, sebab boleh saling merawat satu sama lain. Tapi, Allah itu Maha Berkuasa, diujinya pasangan ni saat mereka idamkan untuk bersuka ria(yang mana mereka rancang dah lama), hinggakan yang mampu mereka buat, hanyalah BERDOA.

Ada satu kisah yang lain, seorang lelaki eksiden, injured kat otak, injured jugak kat jantung, part part lain mungkin jugak injured, tapi dua ni yang paling teruk. Allahuakbar, kepala kita Allah jadikan ada tempurung yang fungsinya melindungi, tapi sekelip mata tempurung tu juga boleh buat keadaan makin teruk.  Lelaki ni, dah lima tahun berkahwin, punya impian untuk memiliki zuriat. Bahkan, memang isteri dia dah pun mengandung. Tiga hari je lagi dia bakal jadi ayah. Tapi, manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Allahuakbar. Moga mereka bertemu kembali di jannahNya. Amiin.

Ada lagi banyak kisah, tapi mungkin sekadar tu je yang mampu aku kongsi.

Buku ni ringan, boleh dibaca semua. Bonus dia, boleh belajar term term medical yang mungkin kita tak tau. Alhamdulillah wa syukurillah.

Sebelum aku habiskan entri kali ni, aku nak minta maaf kat semua yang pernah kenal , sedang mengenali dan akan mengenali aku, andai ada tersilap mana mana, maaf ku pohon. Sebab hidup di dunia ini cuma sementara. Mari bersama beramal menuju syurga, insyaALLAH.
Wallahu’alam, mari kita diagnosis hati kita, re-check iman kita tiap detik. Moga Allah merahmati kalian. J

Saturday, February 7, 2015

Sophia dah dapat baju?

Assalamualaikum..

Ehem. Lama tak jenguk sini. About a year kot? Entahlah. Haha. Bila aku dah masuk U, aku busy je memanjang, ada masa free sikit je, dapat lelap kejap pun jadilah. Even lelap 5 minit ke, nikmat yang amat kot. Haha. Jadi aku memang tabik spring kat memana blogger aktif macam Cik Fatin Liyana. Eh kemon lah, dia study medic kot, hang yang duk mengadap pc 24/7 tak buleh hapdate entri barang sekejap? Ni namanya pemalas. Hahaha. I really am. Takdak idea pun ye jugak. Tapi paaaaling tepat, aku memang tak pandai manage masa, that's my HUGE problem. Hambek kau, capslock aku bagi. Hahaha.

Eh, lupa. Sebenarnya, aku duk membebel tak tentu hala ni pasal nak cerita pasal si Sophia terchenta tadi.  
Sophia tu siapa? Aku belum pernah tulis kat sini kan? Tapi kalu buka pesbuk tu, ada jugak aku tulis coretan pasal beliau. Ngeh ngeh.

Ehem.



Well, meet my laptop, Sophia Imaan. Dah bertahun aku jaga si Sophia ni. Macam nama dia yang agak ayu bagi aku, jadi dia punya speed pun "ayu" jugaklah. Menduga iman bila aku nak hantar esaimen lelaju. Hahaha.



Tapi aku tetap sayang dan bersyukur sebab ada Sophia ni, sebab walaupun 'ayu', kental jugak lah jiwa beliau. Tau pasal apa? Dia ni suka terbang sana sini. Aku tengah "khusyuk" belajar dalam kelas pun, dia nak terbang jugak. 

Hasilnya? 


Nah. Habis bercalar sana sini. Nasib aku tak tampal plaster je. Hahaha.

Solusinya?

Jeng jeng jeng.



Nah, dua baju aku beli untuk Sophia. Kerana dirimu begitu berharga. Ewaaah. Hahaha


Oyeah, sekarang aku dah faham kenapa orang cakap lenguh menulis ayat pakai handphone. Hahaha. K bai.

Stay tiun. Nanti-nanti(entah bila) kita merapu lagi. Salam 'alaik. 







entry serangkai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...