sodiqi usrati...=)

like!!!

liku2 hidup yg panjang ini harus aku tempuhi demi mengejar MARDHOTILLAH...

Saturday, July 6, 2013

doaku buat semua, insyaALLAH.

assalamualaikum.

ha, hari ni dah 6 julai kan? macam kejap je. rasa macam baru je sampai rumah semalam. tup tup dah dua bulan. err...ada hasil tak? eh mestilah. lemak berjaya diternak dengan jayanya.eheh.

hurm.. sepanjang dua bulan kat rumah, macam macam yang berlaku.

1. kira kira 1 bulan yang lepas, aku dah kehilangan seorang sepupu (Fahmi Nizamuddin Yazid) yang aku kira agak rapat lah dengan family aku. memang bile dah besar ni aku agak kurang rapat dengan arwah, tapi arwah rapat dengan adik adikku. dan, lebih kurang dua minggu sebelum arwah meninggal, aku dan keluarga pergi ke rumah arwah, sebab nak hantar jemputan kenduri rumah mak long sebelah rumah aku. tak disangka, itulah waktu terakhir aku menatap arwah yang masih bernyawa. tapi, jujur aku katakan, waktu tu, memang dia nampak lain, dia nampak macam diam sangat, sepatah kata pun susah nak dengar dari mulut dia. sedangkan sebelum ni, dia agak ramah dengan adik adik ku, selalu dengar diaorang sembang, gelak gelak. tapi dia diam je malam tu. aku nak tegur, tapi rasa macam tak selesa, sebab aku ingatkan mungkin dia agak kecewa sebab belum mendapat tawaran untuk sambung belajar. tapi, yang sebaliknya, hanya Dia yang tahu. wallahu'alam. apa apa sekalipun, aku doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh dan solehah. perginya arwah buat aku sedar, "mati itu pasti, andai masanya sudah tiba."

2. hari ni, 6 julai 2013, junior a.k.a roomate aku dah diijabkabulkan dengan pilihan hati. aku hanya mampu kirimkan doa dari jauh. nak hantar hadiah, tapi fulus pun takde.huhu. aku harap mereka bahagia sokmo lah.
moga moga segala onak dan duri berjaya ditempuh bersama yea adik adik :)

3. oh ya, selain daripada sepupu aku, ada seorang lagi sahabat aku yang dah pergi menghadap Ilahi. dia dah pergi kira kira 3 bulan yang lepas. tapi aku baru je tau. moga dirinya juga ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh dan solehah.



mungkin setakat tu je lah post kali ni. ramadhan pun dah nak sampai. moga moga semua amalan kita diterima. amiiin...

akhir kalam, salam ramadhan al-mubarak.

moga ramadhan yang datang ini, membawa keberkatan kepada kita semua.

PRAYFORMESIR. PRAYFORISLAM

entry serangkai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...