assalamualaikum.oke.kali ni aku nak cakap pasal kalimah "INSYA ALLAH". oke. kalu ikut kat SINI la kan.... dye tulis makna INSYA ALLAH tu....
Perkataan ' InsyaAllah ' membawa erti jika Allah mengkehendaki. Ini menunjukkan bahawa kita sebagai manusia terbatas daripada mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa ke depan. Jika kita sebagai makhluk punya rencana atau perancangan,Allah pula sebagai khalik punya segala kuasa. Dengan demikian ucapan ' Insyaallah ' menunjukkan kepada kerendahan hati kita sebagai seorang hamba dan sedar dengan segala kekuasaan Allah terhadap makhlukNya. Atas dasar itulah Nabi S.A.W sendiripun ditegur oleh Allah S.W.T bila alpa daripada mengucapkan yang demikian.
haaaa...tu maksudnye...banyak lagi kat lain...cume aku tak tulis kat sini la.pasal banyak sangat..kang panjang entri ni, ade pulak yang rase nak sepak aku laju laju.haha. oke.sebenarnye aku bukan nak elaborate makne kalimah tu kat sini.cuma aku nak share something la....yang aku rase curious sikit.
kes 1:
dulu adelah seorang kawan aku. tiap kali dye mintak sesuatu. aku akan cakap "insya ALLAH". banyak kali camtu. ade yang aku bagi.ade yang tak. sebab nye ape? kan ke INSYA ALLAH tu maksudnye jika ALLAH mengizinkan? jadi sebab tu la ade yang aku takleh nak buat or bagi. yelah.aku pun manusia. manusia biasa je. even aku rancang nak buat itu dan ini, tak bermakne aku boleh buat semua. sebab aku a.k.a manusia hanya merancang,ALLAH yang menentukan. TAPI tau ape dye cakap tiap kali aku sebut INSYA ALLAH? dye cakap camni "awak ske sangat berjanji. tapi bukan sume pun awak tepati!" ape aku mampu cakap? aku dah cube explen panjang2. tapi dye taknak dengar pun. hurm..
kes 2 :
adik aku form 3. dye cakap dye ade sorang cikgu yang agak pelik sikit. bile cikgu tu mintak or suruh ape2.dye nak HASIL je. kalimah "insyaALLAH" tu dye taknak dengar. aku tak paham kenape. oh.mungkin dye taktau makne kalimah tu kot. moga2 dibukakan hatinya..ameeenn....
oke.dari 2 kes tu....ape komen korang? aku fokuskan untuk semua sebab aku rase kalimah ni dah terlalu biasa kita dengar.tipu la aku rase kalu korang cakap tak penah dengar @ nampak. wallahu'alam
~
p/s: mungkin aku yang tersalah menilai. aku pun taktau.
TAGLINE HARI NI : SENTIASALAH MENGHARAPKAN PERTOLONGAN DARI ALLAH !!
No comments:
Post a Comment